DASAR PRIVASI
DASAR PRIVASI
1
PENGENALAN
1.1
Dasar Privasi ini adalah disediakan oleh Cyromaster (M) Sdn Bhd (No. Pendaftaran 200701007600
(765602-T)) (“Cyromaster” atau “kami”). Kami mengambil berat tentang privasi anda. Kami
komited untuk mengekalkan kepercayaan anda dengan melindungi data peribadi anda.
1.2
Perniagaan kami adalah untuk membekal, megimport, mengeksport dan mengedar pelbagai jenis
gas industry, termasuk gas kimia seperti oksigen cecair, karbon dioksida cecair dan gas-gas lain.
Kami juga menawarkan perkhidmatan berkaitan dengan gas industri seperti pembungkusan dan
pemasangan. Anda boleh mendapatkan sebut harga untuk perkhidmatan kami atau menghubungi
kami melalui laman web kami di https://cyromaster.com/ (“Laman Web”).
1.3
Dasar Privasi ini menetapkan cara kami mengumpul, memproses, mengurus, menggunakan,
mendedahkan dan melindungi data peribadi kepunyaan pengguna kami dan orang lain (secara
kolektif, “anda”) yang mengakses atau menggunakan Laman Web dan/atau Perkhidmatan kami
(sebagaimana didefinisikan dalam Klausa 2.2 di bawah), mana-mana tapak web kami, aplikasi
mudah alih kami, pelanggan web atau pelanggan profesional kami, dan/atau mana-mana tapak,
produk atau perkhidmatan kami yang lain yang memaut kepada Dasar Privasi ini. Dengan
mengakses Laman Web kami, anda bersetuju untuk kami mengumpul, memproses, mengurus,
menggunakan, mendedahkan dan melindungi data peribadi anda mengikut cara yang diterangkan
dalam Dasar Privasi ini.
1.4
Dasar Privasi ini dikeluarkan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, seperti yang diubah
atau dikemaskinikan dari semasa ke semasa (“APDP”), dan Dasar Privasi ini akan membantu anda
untuk memahami yang berikut:
1.4.1
data peribadi yang kami kumpul dan proses;
1.4.2
sumber yang kami kumpulkan data peribadi anda;
1.4.3
tujuan mengumpul data peribadi anda;
1.4.4
kepada pihak ketiga dan dalam keadaan apa kami akan mendedahkan data peribadi anda;
1.4.5
kewajipan kami dan kewajipan anda di bawah Dasar Privasi ini;
1.4.6
penyimpanan dan pengekalan data peribadi anda;
1.4.7
hak anda berkenaan dengan data peribadi anda; dan
1.4.8
perkara yang boleh anda lakukan jika terdapat sebarang perubahan, soalan atau aduan
tentang data peribadi anda.
1.5
Dengan mengakses atau menggunakan Laman Web dan/atau Perkhidmatan kami, anda mengakui
bahawa anda telah membaca dan memahami Dasar Privasi ini dan anda dengan ini bersetuju
dengan pengumpulan, penggunaan, pemprosesan, pendedahan dan/atau pemindahan data
peribadi anda oleh kami mengikut Dasar Privasi ini.1.6
Sila baca Dasar Privasi ini dengan teliti untuk memahami bagaimana kami komited untuk
melindungi privasi, kerahsiaan dan keselamatan data peribadi anda.
2
TERMA-TERMA UTAMA
2.1
Kecuali dinyatakan sebaliknya, kata-kata dan ungkapan yang digunakan dalam Dasar Privasi ini
mempunyai makna yang sama sebagaimana didefinisikan dalam APDP, termasuk tetapi tidak
terhad kepada yang berikut:
“pemproses data” yang berkaitan dengan data peribadi, bermaksud setiap orang, selain pekerja
pengguna data, yang memproses data peribadi semata-mata atas nama pengguna data, dan tidak
memproses data peribadi untuk tujuan sendiri;
“subjek data” bermaksud individu yang merupakan subjek data peribadi;
“pengguna data” bermaksud orang yang bersendirian atau bersama atau bersama dengan orang
lain memproses data peribadi apa pun atau mempunyai kawalan ke atas atau membenarkan
pemprosesan data peribadi apa pun, tetapi tidak termasuk pemproses data;
“data peribadi” bermaksud apa-apa maklumat berkenaan dengan transaksi komersial, yang –
(a)
diproses sepenuhnya atau sebahagiannya dengan menggunakan peralatan yang
beroperasi secara automatik sebagai tindak balas kepada arahan yang diberikan untuk
tujuan itu;
(b)
direkodkan dengan tujuan bahawa ia harus diproses sepenuhnya atau sebahagiannya
dengan menggunakan peralatan tersebut; atau
(c)
direkodkan sebagai sebahagian dari sistem pemfailan yang relevan atau dengan niat
bahawa ia harus menjadi sebahagian dari sistem pemfailan yang relevan,
yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan subjek data, yang dikenal pasti atau
dikenali dari maklumat tersebut atau dari maklumat lain yang dimiliki pengguna data, termasuk
data peribadi sensitif dan ekspresi pendapat mengenai subjek data; tetapi tidak termasuk maklumat
yang diproses untuk tujuan perniagaan pelaporan kredit oleh agensi pelaporan kredit di bawah
Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010; dan
“data peribadi sensitif” bermaksud data peribadi yang terdiri daripada maklumat mengenai
keadaan kesihatan fizikal dan mental seseorang subjek data, pendapat politiknya, kepercayaan
agamanya atau kepercayaan lain yang serupa, pelakuan atau dakwaan pelakuan olehnya atas
kesalahan atau data peribadi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang
disiarkan dalam Warta.
2.2
Untuk tujuan Dasar Privasi ini, melainkan jika subjek atau konteksnya diperlukan, perkataan dan
ungkapan berikut akan mempunyai makna yang berikut:
“Undang-Undang” bermaksud mana-mana undang-undang, peraturan, undang-undang kecil,
perintah, garis panduan, arahan dan dasar yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa kerajaan,
termasuk undang-undang dan keperluan antarabangsa dan tempatan lain yang berkuat kuasa dan sebagaimana yang diubah suai dari semasa ke semasa berkaitan dengan sebarang transaksi
komersial dan/atau berkaitan dengan pengendalian perniagaan atau aktiviti kami; dan
“Perkhidmatan” bermaksud mana-mana dan semua perkhidmatan kami, termasuk pembekalan,
pengimportan, pengeksportan dan pengedaran gas industri pelbagai jenis termasuk gas kimia
seperti oksigen cecair, karbon dioksida cecair, dan gas-gas lain. Perkidmatan kami juga termasuk
perkhidmatan berkaitan seperti pembungkusan, pemasangan dan memberikan akses kepada
individu dan syarikat terhadap gas-gas industri kami.
3
DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL DAN PROSES
3.1
Data peribadi yang kami kumpulkan dan proses mengenai anda mungkin termasuk, tetapi tidak
terhad kepada:
3.1.1
butiran pengenalan anda termasuk tetapi tidak terhad kepada nama penuh, nombor kad
pengenalan atau nombor pasport anda;
3.1.2
alamat kediaman dan/atau alamat surat-menyurat anda (yang mungkin termasuk alamat
pejabat);
3.1.3
maklumat hubungan anda (contohnya alamat e-mel, nombor telefon bimbit atau nombor
faks);
3.1.4
rekod komunikasi kami dengan anda, termasuk sebarang mesej dan/atau e-mel yang
dihantar oleh anda kepada kami;
3.1.5
maklumat yang dihantar oleh atau dikaitkan dengan peranti yang digunakan untuk
mengakses Laman Web;
3.1.6
maklumat penyemak imbas Internet anda (contohnya alamat IP, jenis dan versi penyemak
imbas, tetapan dan lokasi zon waktu, jenis dan versi pemalam penyemak imbas, sistem
pengendalian dan platform, dan teknologi lain pada peranti yang anda gunakan untuk
mengakses Laman Web);
3.1.7
maklumat-maklumat lain yang mungkin diberikan oleh anda; dan/atau
3.1.8
maklumat-maklumat lain yang mungkin diperlukan oleh kami dari semasa ke semasa untuk
tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 5.1 Dasar Privasi ini.
4
SUMBER-SUMBER DI MANA KAMI AKAN MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA
4.1
Harap maklum bahawa kami mungkin akan memperoleh data peribadi anda daripada anda dan
sumber-sumber yang lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
4.1.1
hubungan anda dengan kami, termasuk tanpa terhad kepada:
(a)
maklumat yang anda berikan dalam sebarang borang pertanyaan di Laman Web
kami;(b)
semasa anda mengakses atau menggunakan Laman Web dan/atau Perkhidmatan
kami; atau
(c)
semasa anda berkomunikasi dengan kami melalui panggilan telefon, e-mel
dan/atau kaedah surat-menyurat lain;
4.1.2
jika berkenaan, sebarang interaksi antara anda dan kami melalui:
(a)
Laman Web kami;
(b)
halaman media sosial kami; dan
(c)
aplikasi sembang kami;
4.1.3
pelancaran media kami yang anda mungkin dijemput atau sertai dalam kempen,
pertandingan, aktiviti dan/atau promosi kami di mana anda diminta untuk memberikan data
peribadi mengenai diri anda dan/atau pihak lain (contohnya ahli keluarga dan rakan sekerja
anda);
4.1.4
pihak ketiga yang berkaitan dengan anda, seperti pekerja anda, pemegang akaun
bersama, penjamin dan orang lain seperti itu (tertakluk kepada persetujuan anda sebelum
ini untuk mereka mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan anda);
4.1.5
pihak ketiga termasuk pemasar, rakan kongsi, penyelidik, ahli gabungan, penyedia
perkhidmatan, penasihat kewangan, ejen insurans dan pihak lain di mana mereka
dibenarkan secara sah untuk berkongsi data peribadi anda dengan kami; dan/atau
4.1.6
kegunaan Kuki (sebagaimana didefinisikan dalam Klausa 12.1 di bawah), yang mana
perinciannya dinyatakan di Klausa 12 Dasar Privasi ini.
5
TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI ANDA
5.1
Anda mengakui, mengesahkan dan menyetujui bahawa kami diberi kuasa untuk mengumpulkan
dan memproses data peribadi anda, untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut:
5.1.1
Pengesahan
(a)
untuk mengesahkan identiti anda dan maklumat-maklumat yang diberikan oleh
anda; dan
(b)
untuk mengesahkan kelayakan anda untuk meminta atau menyimpulkan sebarang
perjanjian antara anda dengan kami.
5.1.2
Pemudahcaraan Perjanjian
(a)
untuk memudahkan perjanjian yang bakal dimeterai atau dimeterai dengan kami;
(b)
untuk menguruskan tarikh akhir perjanjian sedemikian, untuk mengesahkan status
prestasi, dan untuk menjalankan perkara lain yang diperlukan bagi pelaksanaan
dan pengurusan perjanjian dengan lancar;(c)
untuk memudahkan komunikasi antara anda dan kami berkenaan dengan
perjanjian tersebut;
(d)
untuk memudahkan penyediaan perjanjian oleh penasihat undang-undang dan
profesional kami;
(e)
untuk memastikan pelaksanaan yang betul dan pelaksanaan perjanjian yang kami
ada dengan pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada rakan kongsi atau
peniaga kami) berkaitan dengan sebarang transaksi;
(f)
untuk penyediaan informasi kepada pihak berkuasa yang relevan dan penyedia
layanan khususnya (tetapi tidak terhad kepada) untuk tujuan memfasilitasi
penyediaan utiliti dan Perkhidmatan kami atau sebagaimana yang diperlukan atau
diizinkan oleh Undang-Undang (sebagaimana didefinisikan dalam Klausa 2.2 di
atas);
(g)
untuk pemberitahuan (dan mengadakan) mesyuarat, invois dan dokumen lain-lain
sebagaimana yang diperlukan atau diizinkan oleh Undang-Undang;
(h)
untuk memindahkan atau menyerahkan hak, kepentingan dan kewajipan kami di
bawah mana-mana perjanjian antara anda dan kami; dan
(i)
untuk melindungi atau menegakkan hak kami untuk mendapatkan kembali hutang
yang terhutang kepada kami (jika berkenaan).
5.1.3
Perkhidmatan dan Sokongan
(a)
untuk menggunakan hak-hak kami dan/atau memenuhi kewajipan kami
berdasarkan perjanjian yang telah kami setuju dengan anda atau di bawah
Undang-Undang yang berkenaan;
(b)
untuk menjawab dan menindaklanjuti sebarang pertanyaan, aduan atau
permintaan anda;
(c)
untuk menyediakan dan/atau meningkatkan Perkhidmatan yang disediakan oleh
kami, menganalisis pilihan pelanggan, melakukan tinjauan pasaran, memproses
invois dan pembayaran;
(d)
memberikan maklum balas yang diperibadikan kepada anda untuk mengekalkan,
meningkatkan dan menyokong hubungan antara anda dan kami; dan
(e)
kami menggunakan Kuki untuk meningkatkan proses, pengiklanan,
pemberitahuan, pengesahan, keselamatan dan kepatuhan kami, analitik dan
pengurusan pilihan (perincian penggunaan ditentukan di Klausa 12 Dasar Privasi
ini).
5.1.4
Pemasaran
(a)
untuk menghubungi dan memberikan anda maklumat mengenai pelbagai produk
dan Perkhidmatan kami yang mungkin menarik minat anda;(b)
untuk menghubungi dan memberikan anda maklumat mengenai tawaran rakan
niaga kami dan kami yang merangkumi tawaran produk, perkhidmatan baru,
pelancaran baru, acara akan datang, promosi, iklan, pemasaran dan bahan
komersial dan maklumat lain yang mungkin ditentukan oleh kami akan menarik
minat anda (melalui e-mel, pesanan teks atau kaedah komunikasi lain);
(c)
untuk menjalankan tinjauan pemasaran dan soal selidik;
(d)
untuk menjalankan penyelidikan dan pengembangan produk dan perkhidmatan;
dan
(e)
untuk memproses penyertaan anda dalam tawaran tersebut dan acara pemasaran
lain.
5.1.5
Mematuhi Undang-Undang dan Peraturan
(a)
untuk mematuhi kewajipan kami, syarat pematuhan dan syarat pendedahan di
bawah Undang-Undang yang berkenaan;
(b)
untuk tujuan audit, pematuhan dan pengurusan risiko;
(c)
untuk menilai risiko kewangan dan insurans;
(d)
untuk mengesan, menyiasat dan mencegah transaksi penipuan atau aktiviti tidak
sah atau haram; dan
(e)
untuk pencegahan jenayah, rasuah, penipuan dan pengubahan wang haram.
5.1.6
Rekod Dalaman dan Isu Teknikal
(a)
untuk penyimpanan rekod dalaman kami dalam urusan perniagaan biasa;
(b)
untuk menyelenggara, mengemas kini, menggabungkan dan meningkatkan
ketepatan rekod pangkalan data kami;
(c)
untuk menghasilkan data, laporan dan statistik yang telah dianonimkan atau
digabungkan dengan cara yang tidak dapat mengenal pasti anda sebagai seorang
individu;
(d)
untuk menjalankan penyelidikan untuk tujuan analisis tetapi tidak terhad kepada
perlombongan data dan analisis transaksi anda dengan kami; dan
(e)
untuk mengesan, mencegah dan menangani masalah teknikal.
5.2
Sehubungan dengan tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 5.1 di atas, anda dengan ini memberi
izin kepada kami untuk mendedahkan data peribadi anda, kepada pihak berkuasa yang berkenaan,
pengganti kepentingan kami, penaja, pengiklan, peguam, penanggung insurans, penyesuai,
penasihat lain, pembekal, kontraktor dan/atau penyedia perkhidmatan, rakan kongsi dan pihak
ketiga lain yang dipilih dengan teliti mengikut Klausa 6 Dasar Privasi ini.6
PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA
6.1
Kami tidak akan menjual data peribadi anda kepada pihak-pihak yang lain. Walau bagaimanapun,
kami mungkin menggunakan penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk membantu kami
mengendalikan Perkhidmatan kami atau mentadbir aktiviti bagi pihak kami. Atas sebab-sebab ini,
kami berhak untuk mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga yang dipilih dengan teliti
seperti berikut:
6.1.1
berdasarkan asas perlu tahu, untuk:
(a)
anak syarikat kami, syarikat berkaitan dan bersekutu;
(b)
syarikat induk kami termasuk anak syarikatnya, syarikat bersekutu dan berkaitan;
dan
(c)
ahli gabungan kami termasuk rakan perniagaan kami (sebahagian daripada
mereka mungkin berada di luar Malaysia dan menjalankan fungsi pentadbiran,
pengurusan dan operasi untuk atau bagi pihak kami berkenaan dengan atau timbul
daripada sebarang transaksi komersial atau untuk menyokong jualan, pemasaran,
promosi dan/atau usaha pengiklanan);
6.1.2
syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami termasuk tetapi tidak terhad kepada
pengganti-berkepentingan, penaja, pengiklan, pembekal, kontraktor, penyedia
perkhidmatan gerbang pembayaran (jika berkenaan) dan penyedia perkhidmatan dan/atau
produk pihak ketiga yang lain;
6.1.3
syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai rakan strategik kami seperti pihak
pihak yang kami bekerjasama untuk mengadakan acara, program, aktiviti atau untuk
menyediakan apa-apa perkhidmatan dan/atau produk;
6.1.4
syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam menyediakan perkhidmatan
dan/atau produk nilai tambah kepada anda seperti yang mungkin diminta oleh anda;
6.1.5
penasihat undang-undang dan professional kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada
peguam, pihak insurans, penyesuai, akauntan dan/atau penasihat kewangan kami yang
diberi kuasa oleh kami;
6.1.6
penasihat undang-undang dan professional anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada
peguam, pihak insurans, penyesuai, akauntan dan/atau penasihat kewangan yang diberi
kuasa oleh anda;
6.1.7
pihak-pihak yang diberi kuasa oleh anda;
6.1.8
pihak-pihak seperti agensi penarafan, syarikat insurans, broker insurans dan/atau pihak
perlindungan kredit secara langsung atau tidak langsung;
6.1.9
pihak-pihak seperti institusi kewangan, pedagang, Persatuan Perkhidmatan Antarabangsa
VISA, “MasterCard International Incorporated” dan/atau persatuan kad lain yang berkaitan
dengan kad kredit dan/atau kad debit yang dikeluarkan untuk anda dan untuk kegunaan
anda;6.1.10 pihak yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan hak-hak kami di bawah
perjanjian antara anda dengan kami;
6.1.11 entiti atau jabatan kerajaan yang relevan, agensi, pihak berkuasa dan/atau pihak berkuasa
industri yang berkaitan dengan penyiasatan atau pertanyaan;
6.1.12 agensi penipuan dan pencegahan jenayah untuk tujuan menilai risiko jenayah, penipuan
dan pengubahan wang haram (ini merupakan syarat kami membuat perjanjian dengan
anda);
6.1.13 agensi-agensi pemasaran, penyelidikan, dan komunikasi kami;
6.1.14 pihak berkuasa pengawalseliaan dan agensi kerajaan, jika berkenaan; dan/atau
6.1.15 pihak-pihak yang lain diperlukan di bawah Undang-Undang,
6.2
Dalam penjualan perniagaan, pelupusan, pemerolehan, penggabungan, usaha sama, pembiayaan
hutang, penyusunan semula, kebangkrutan, muflis, atau penerimaan yang melibatkan kami atau
aset kami diberikan kepada pihak ketiga yang lain, data peribadi anda mungkin diperlukan untuk
didedahkan dan/atau dipindahkan ke pihak ketiga sebagai sebahagian daripada aset perniagaan
kami. Anda mengakui dan memberi kuasa kepada kami untuk memberikan data peribadi anda
kepada pihak ketiga termasuk penasihat dan wakilnya, dan bahawa pihak lain itu mempunyai
persetujuan anda dan akan diberi kuasa untuk memproses data peribadi tersebut.
6.3
Klausa 6.1 dan 6.2 di atas harus, pada setiap masa, mematuhi kepatuhan Undang-Undang relevan
yang berkenaan untuk kami dan perniagaan kami di semua bidang kuasa.
6.4
Sekiranya data peribadi anda diproses oleh mana-mana pihak ketiga yang dipilih di atas, kami
akan meminta pihak ketiga tersebut untuk mematuhi standard kami dan semua Undang-Undang
yang berkenaan tetapi kami tidak bertanggungjawab dan tidak akan bertanggungjawab atas
kerugian, kerosakan, tuntutan, kos dan perbelanjaan dalam apa jua bentuk yang terhasil daripada
dan/atau berkaitan dengan ketidakpatuhan oleh pihak ketiga tersebut.
6.5
Kecuali seperti yang dinyatakan di atas, kami tidak akan menjual, mengedar atau mendedahkan
sebarang data peribadi anda (kecuali maklumat agregat tanpa nama) kepada mana-mana pihak
ketiga tanpa kebenaran nyata anda.
7
PENGGUNAAN DATA PERIBADI UNTUK TUJUAN PEMASARAN
7.1
Dengan mengakses atau menggunakan Laman Web dan/atau Perkhidmatan kami, anda bersetuju
untuk kami menghubungi anda melalui panggilan telefon, mesej teks, e-mel dan/atau kaedah
elektronik lain-lain pada masa hadapan dengan menggunakan data yang anda berikan.
7.2
Persetujuan, seperti yang dinyatakan dalam Klausa 7.1 di atas, harus termasuk persetujuan untuk
menerima gambar, video, mesej dalam talian dan/atau e-mel mengenai kami, rakan kongsi
perniagaan, rakan niaga, penaja atau pengiklan kami tentang produk, perkhidmatan, promosi,
tawaran istimewa, acara dan/atau aktiviti yang mungkin menarik bagi anda.
7.3
Untuk mengelakkan keraguan, anda mengakui dan menyetujui kami untuk berkongsi maklumat
tanpa nama seperti tetapi tidak terhad kepada keadaan berikut:7.3.1
Maklumat Gabungan – Kami mungkin akan menjalankan projek analisis data bersama
dengan pihak ketiga yang dipilih menggunakan maklumat tanpa nama untuk meramalkan
minat pengguna dan memberikan pengguna maklumat yang lebih disasarkan dan/atau
relevan berdasarkan maklumat gabungan mengenai aktiviti pengguna tersebut selain
daripada Laman Web kami.
7.3.2
Periklanan berdasarkan Tingkah Laku – Kami mungkin akan bekerjasama dengan pihak
ketiga yang dipilih menggunakan maklumat tanpa nama untuk memperoleh model tertentu
yang akan memudahkan pengiklanan yang lebih tepat kepada pengguna terpilih.
7.4
Anda boleh memilih untuk tidak menerima buletin, kemas kini, bahan promosi, ucapan perayaan
(jika ada) atau komunikasi lain, sebahagian atau keseluruhan, untuk tujuan umum atau untuk
tujuan pemasaran yang dinyatakan dalam Klausa 7 ini, dengan mengikuti pautan “berhenti
berlangganan” atau arahan dalam e-mel yang kami kirimkan kepada anda pada bila-bila masa.
Walau bagaimanapun, arahan bertulis terkini anda kepada kami akan berlaku.
8
KEADAAN DI MANA KAMI MUNGKIN MENDEDAHKAN DATA PERIBADI ANDA
8.1
Selain daripada yang dinyatakan dalam Klausa 6 dan 7 di atas, kami akan menganggap data
peribadi anda sebagai rahsia dan sulit dan tidak akan mendedahkan data peribadi anda kepada
pihak ketiga melainkan mana-mana peristiwa berikut timbul:
8.1.1
anda telah memberi kami kebenaran terlebih dahulu untuk mendedahkan data peribadi
anda;
8.1.2
kami diperlukan atau diizinkan untuk melakukannya di bawah Undang-Undang yang
berlaku;
8.1.3
kami diminta untuk memenuhi kewajipan kami sebagaimana ditentukan dalam Dasar
Privasi ini;
8.1.4
kami diperlukan atau diberi kuasa oleh perintah mahkamah atau pihak berkuasa, sama
ada kerajaan atau separa kerajaan atau permintaan dari penguatkuasaan undang-undang
atau mana-mana agensi kerajaan lain yang mempunyai bidang kuasa terhadap kami;
dan/atau
8.1.5
kami diminta untuk memindahkan hak dan kewajipan di bawah Dasar Privasi ini.
8.2
Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan berkenaan dengan pendedahan data
peribadi anda kepada pihak ketiga di bawah Dasar Privasi ini, terutamanya pendedahan yang
dinyatakan dalam Klausa 6 dan 7 di atas dan Klausa 8 ini, anda boleh menghubungi kami melalui
alamat e-mel yang dinyatakan dalam Klausa 17 Dasar Privasi ini.
9
KEWAJIPAN KAMI DAN KEWAJIPAN ANDA
9.1
Kewajipan Kami
9.1.1
Keselamatan maklumat anda adalah keutamaan kami. Kami akan menyimpan, melindungi
dan memproses data peribadi anda dengan cara yang selamat dengan menjaga perlindungan fizikal, elektronik dan prosedur, dengan mematuhi Undang-Undang dan
peraturan yang berkenaan.
9.1.2
Kami akan memastikan bahawa akses pekerja kami ke data peribadi yang anda berikan
kepada kami adalah terhad kepada pekerja yang diberi kuasa yang dilatih untuk
mengendalikan maklumat anda. Kakitangan yang diberi kuasa ini dikehendaki untuk
memastikan kerahsiaan maklumat anda dan menghormati privasi anda pada setiap masa.
9.2
Kewajipan Anda
9.2.1
Untuk anda mengakses atau menggunakan Laman Web dan/atau Perkhidmatan kami,
adalah wajib bagi anda untuk memberikan kami data peribadi yang lengkap dan tepat dan
memastikan kami mengemas kini data peribadi anda, jika gagal, kami mungkin tidak dapat
memproses data peribadi anda untuk memenuhi tujuan dalam Klausa 5.1 di atas.
9.2.2
Sekiranya anda perlu memberikan data peribadi untuk atau bagi pihak orang lain, atau
anda mewakili organisasi atau syarikat tersebut, anda berjanji bahawa:
(a)
anda telah mendapat persetujuan daripada pihak yang berkenaan dan kebenaran
yang diperlukan daripada wakil, organisasi atau syarikat tersebut bahawa data
peribadi diberikan secara sukarela, tepat dan lengkap;
(b)
anda diberi kuasa untuk menerima notis privasi dan maklumat lain yang berkaitan
bagi pihaknya; dan
(c)
anda telah diberi persetujuan dan/atau kebenaran untuk memindahkan data
peribadinya ke luar negara,
jika tidak, anda akan membayar ganti rugi dan melindungi kami daripada sebarang
tuntutan daripada pihak yang berkenaan, wakil atau organisasi atau syarikat tersebut.
9.2.3
Sekiranya terdapat perubahan pada data peribadi anda, anda dengan ini mengakui
bahawa anda berkewajipan untuk memberitahu kami dengan segera, dalam keadaan tidak
lebih dari tujuh (7) hari kalendar setelah perubahan tersebut muncul. Anda akan
menghantar notis bertulis (melalui e-mel) kepada kami mengenai perubahan tersebut, di
mana kami akan mengemas kini data peribadi anda dalam masa dua puluh satu (21) hari
kalendar setelah menerima notis bertulis anda.
9.2.4
Tanpa bertentangan dengan Klausa 9.2.3 di atas, jika anda tidak ingin mana-mana
bahagian data peribadi anda digunakan oleh kami untuk tujuan yang dinyatakan dalam
Dasar Privasi ini, anda diminta untuk segera memberitahu kami melalui e-mel di alamat e
mel yang dinyatakan dalam Klausa 17 Dasar Privasi ini.
9.3
Ketidaklengkapan Data Peribadi
9.3.1
Sekiranya data peribadi diminta untuk tujuan dalam Klausa 5.1 di atas, anda, atau pihak
pihak yang berkenaan atau organisasi lain atau syarikat yang diwakili oleh anda
mempunyai pilihan untuk tidak memberikan data peribadi tambahan yang diminta oleh
kami selain daripada maklumat yang kami telah menunjukkan sebagai perlu untuk
memudahkan sebarang transaksi komersial. Sekiranya data peribadi yang anda berikan tidak lengkap, kami tidak akan dapat memproses data peribadi anda untuk tujuan yang
dinyatakan dalam Dasar Privasi ini dan mungkin tidak dapat menawarkan Perkhidmatan
kami dan/atau memenuhi permintaan anda (jika berkenaan).
10
PENYIMPANAN DAN PENGEKALAN DATA PERIBADI
10.1
Data peribadi anda mungkin disimpan sama ada:
10.1.1 dalam salinan cetak di pejabat kami;
10.1.2 dalam salinan lembut yang disimpan di pelayan yang terletak di Malaysia; atau
10.1.3 kemudahan dan pelayan penyimpanan teknologi maklumat lain yang terletak di negara lain
di luar Malaysia kerana sebahagian kemudahan penyimpanan digital, pelayan, dan
penyedia perkhidmatan kami mungkin berada di tempat lain seperti itu.
10.2
Sekiranya data peribadi anda dipindahkan ke luar Malaysia kepada pihak ketiga dalam bidang
kuasa selain Malaysia, harap maklum bahawa entiti pihak-pihak ketiga ini mungkin ditubuhkan di
negara-negara yang mungkin tidak menawarkan tahap perlindungan data yang sama yang
ditawarkan di Malaysia. Anda dengan ini secara nyata bersetuju dan memberi kuasa kepada kami
untuk memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia untuk tujuan yang dinyatakan dalam
Klausa 5.1.
10.3
Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda untuk sekian lama sebagaimana yang diperlukan
untuk kami memenuhi tujuan seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.
10.4
Apabila kami tidak mempunyai perniagaan sah yang berterusan dengan anda, kami tidak perlu
memproses data peribadi anda, kami akan memadamkannya atau tanpa menamakannya atau, jika
ini tidak mungkin (contohnya, kerana data peribadi anda telah disimpan dalam arkib sandaran),
maka kami akan menyimpan dengan selamat data peribadi anda dan mengasingkannya dari
proses selanjutnya sehingga pemadaman mungkin dilakukan.
10.5
Walau apa pun di atas, kami mungkin perlu menyimpan data peribadi anda untuk jangka masa
yang lebih lama jika diperlukan bagi kami untuk:
10.5.1 mematuhi tanggungjawab undang-undang kami;
10.5.2 untuk membalas sebarang pertikaian, tuntutan atau aduan yang dibuat berkaitan dengan
anda; dan/atau
10.5.3 untuk menguatkuasakan dan melaksanakan perjanjian dan polisi undang-undang kami.
11
HAK ANDA
11.1
Anda mempunyai pelbagai hak di bawah Undang-Undang yang berkenaan dengan data peribadi
anda yang disimpan oleh kami. Hak-hak anda dinyatakan seperti berikut:
11.1.1 mengakses data peribadi anda (tertakluk kepada pembayaran yuran pemprosesan yang
relevan, jika berkenaan);11.1.2 meminta pembetulan atau pemadaman data peribadi anda atau untuk memastikan data
peribadi anda dikemas kini (dengan syarat anda telah mematuhi kewajipan anda dalam
Klausa 9.2.3 di atas);
11.1.3 meminta sekatan pemprosesan data peribadi anda; dan
11.1.4 membantah kami memproses data peribadi anda.
11.2
Berdasarkan hak anda untuk mengakses data peribadi anda dalam Klausa 11.1.1 di atas:
11.2.1 anda juga berhak untuk menerima salinan data peribadi anda dalam format elektronik.
Walau bagaimanapun, hak ini terhad kepada data peribadi yang telah anda berikan kepada
kami dan diproses berdasarkan persetujuan anda. Ini tidak merangkumi data peribadi yang
mungkin kami terima atas alasan lain atau dari sumber lain; dan
11.2.2 kami mungkin menahan permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda dalam
keadaan tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada (a) apabila kami tidak dapat
mengesahkan identiti anda; (b) jika data peribadi yang diminta bersifat sulit; atau (c)
apabila kami menerima permintaan berulang untuk data yang sama. Dalam keadaan apa
apa pun, kami akan segera memberitahu anda tentang sebab tidak dapat memenuhi
permintaan anda.
11.3
Tertakluk kepada permintaan anda berdasarkan Klausa 11.1.2, 11.1.3 dan/atau 11.1.4 di atas,
kami berhak untuk menolak mana-mana atau semua permintaan anda atau memerlukan bukti
dokumen lebih lanjut dengan sebab yang dibenarkan oleh Undang-Undang yang berkenaan.
12
KUKI
12.1
Kami mungkin menggunakan kuki, pengecam iklan, suar web, tag, skrip, subjek kongsi tempatan
seperti HTML5 dan “Flash” atau kuki “Flash” termasuk teknologi lain yang serupa (“Kuki“) di Laman
Web kami untuk tujuan mengenali peranti anda apabila anda mengakses Laman Web kami yang
mungkin kami sampaikan maklumat yang disesuaikan kepada anda yang sesuai dengan akaun,
minat dan pilihan anda.
12.2
Kuki mempunyai pengecam unik yang mungkin disimpan di Laman Web kami, pada peranti yang
anda gunakan untuk mengakses Laman Web kami, dan/atau dalam e-mel yang kami kirimkan
kepada anda. Kuki boleh menghantar maklumat mengenai anda dan penggunaan Laman Web
dan/atau Perkhidmatan kami, termasuk tetapi tidak terhad pada tempoh penggunaan, pilihan
carian anda, jenis carian, alamat IP, dan/atau data yang berkaitan dengan iklan yang dipaparkan
dan diklik oleh anda.
12.3
Tanpa bertentangan dengan mana-mana peruntukan lain di bawah Dasar Privasi ini, pihak ketiga
boleh menggunakan Kuki di Laman Web kami untuk mengumpulkan jenis maklumat yang sama
untuk tujuan yang sama seperti yang dinyatakan dalam Klausa 12.1 di atas. Pihak ketiga tersebut
boleh mengaitkan maklumat mengenai anda yang diperoleh dari Laman Web kami atau dari
sumber lain untuk tujuan mereka yang lain, di mana kami tidak mempunyai tanggungjawab, akses
atau kawalan sehubungan dengan penggunaan maklumat tersebut.
12.4
Kami mungkin berkongsi maklumat yang tidak boleh dikenal pasti secara peribadi daripada atau
tentang anda dengan pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada data lokasi, pengecam pengiklanan atau cincangan kriptografi pengecam akaun biasa (seperti alamat e-mel) untuk
memudahkan paparan pengiklanan yang disasarkan.
12.5
Dalam apa jua keadaan, anda boleh mematikan, menyekat atau menyahaktifkan Kuki pada bila
bila masa dengan melaraskan tetapan pelayar Internet anda untuk mematikan Kuki tersebut. Anda
juga boleh mengehadkan perkongsian maklumat anda melalui tetapan mudah alih.
13
LAMAN WEB PIHAK KETIGA
13.1
Laman Web kami mungkin mengandungi pautan atau iklan ke laman web pihak ketiga. Laman web
pihak ketiga ini tidak berkaitan dengan, dikaitkan dengan kami atau di bawah kawalan kami. Oleh
itu, kami tidak bertanggungjawab atau bertanggungjawab atas dasar privasi mereka berkenaan
dengan pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan dan/atau perkongsian data peribadi laman
web pihak ketiga tersebut. Kami berhak untuk mematikan sebarang pautan ke mana-mana tapak
web pihak ketiga mengikut budi bicara kami sendiri.
14
PRIVASI INDIVIDU BAWAH UMUR
14.1
Laman Web dan/atau Perkhidmatan kami tidak ditujukan kepada sesiapa yang berumur di bawah
lapan belas (18) (“Individu Bawah Umur“).
14.2
Kami tidak dan tidak akan secara sengaja mengumpulkan data peribadi dari mana-mana Individu
Bawah Umur. Sekiranya anda seorang ibu bapa atau penjaga dan anda menyedari bahawa
Individu Bawah Umur anda telah memberikan kami data peribadi, sila hubungi kami dengan
segera. Sekiranya kami menyedari bahawa kami telah mengumpulkan data peribadi dari mana
mana Individu Bawah Umur tanpa mengesahkan kebenaran ibu bapa, kami akan mengambil
langkah yang diperlukan untuk keluarkan semua maklumat yang berkaitan dengan Individu Bawah
Umur tersebut dari kemudahan penyimpanan dan pelayan kami.
15
PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI INI
15.1
Kami mungkin, dari semasa ke semasa, mengubah atau mengemas kini syarat-syarat Dasar
Privasi ini untuk mencerminkan perubahan dalam Undang-Undang yang berkenaan, Laman Web
kami dan/atau Perkhidmatan kami, penggunaan dan amalan pengumpulan data kami. Kami akan
menghantar Dasar Privasi yang dikemas kini di Laman Web kami yang akan berkuatkuasa sebaik
sahaja diposkan di Laman Web kami.
15.2
Penggunaan data peribadi yang kami kumpulkan adalah tertakluk pada Dasar Privasi yang berlaku
pada masa data peribadi tersebut digunakan. Harap maklum untuk meninjau Dasar Privasi ini
secara berkala dan mengkaji dengan teliti setiap perubahan yang dibuat pada Dasar Privasi ini
16
KETIDAKSELARASAN
16.1
Mengikut Seksyen 7 (3) APDP, Dasar Privasi ini dikeluarkan dalam versi Bahasa Inggeris dan versi
Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi
Bahasa Malaysia mengenai Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris hendaklah digunakan.17
CARA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI
17.1
Jika terdapat sebarang perubahan pada data peribadi anda, dan/atau jika anda mempunyai
pertanyaan mengenai pengumpulan, penggunaan, pemprosesan, pendedahan dan/atau
pemindahan, data peribadi anda, dan/atau anda ingin menggunakan hak-hak anda seperti yang
dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, anda boleh menghubungi kami di:
Alamat emel
: [Masukkan Alamat E-mel]
Untuk perhatian
: [Masukkan Individu Bertanggungjawab]
Kemaskini terakhir: [Masukkan Tarikh]